Rabu, 18 Mei 2011

CILI BENGGALA PELAIT

Sempena cuti hari Wesak, sekali lagi komplot casting telah diatur bersama rakan caster Mr. Awgku, namun trip kali ini beliau ingin berkunjung ke Sg Pelait. Sungai masih dikira masih terpelihara keadaannya dan amat asing kepada para caster yang ada di Lawas. Kami memulakan perjalanan dari kampung dalam pukul 6 pagi menuju jeti dimana kami mendapatkan khidmat bot iaitu di Kampung Punang. Walaupun mengetahui kondisi air kurang sesuai pada sebelah pagi hingga tengah hari, kami teruskan jua hasrat.Tambahan pula cuaca mendung berserta hujan renyai dan berangin seawal jam 7 pagi membuatkan saya sedidkit risau. Sementara menunggu cuaca semakin baik, kami memanaskan badan dengan sesi casting di sungai kecil Punang. Memang begitu mencabar sesi sebelah pagi dan hanya 2 kerapu yang sudi menyambar gewang. Setelah hari kembali cerah sekitar jam 9.30 pagi barulah kami bergerak ke destinasi pilihan iaitu Sungai Pelait.

Setibanya kami di Pelait, paras air masih lagi terlalu tinggi dan todak kondusif untuk aktiviti casting. Lontaran demi lontaran dibuat namun tiada sambutan sehinggalah jam 1 petang bila air mula surut laju, baru la aktiviti semakin rancak. Kerapu pun mula ligat mengejar gewang. Beberapa rakama peristiwa sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Bot yang digunakan untuk trip kali ini, terima kasih tuan punya bot.



Pemandangan disekitar jalan keluar ke sungai Punang



Cuaca suram mengiringi perjalanan





Setelah tiada sambaran, kami bergerak keluar dari Sg Pelait sebab risau muaranya semakin cetek dan menyukarkan perjalanan.Seterusnya kami menyambung aktiviti di Sg Punang sekitar jam 3 hingga 5 petang dan hasilnya tidak menghampakan.




Hasil keseluruhan, syukur alhamdulillah.....



Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi di trip akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan