Jumaat, 22 April 2011

TRIP DE LIMA....HAMPA..

Trip mengilat yang telah dirancangkan bersama telah berjaya dijalankan pada 16 April yang lepas. Trip kali ini disertai oleh Azizi sebagai partner caster saya, manakala bot yang satu lagi menggabungkan 3 caster yang tidak asing lagi iaitu Bro PE, Bro Sahur dan Bro ampulur. Kami mula bergerak dari Pekan Beaufort sekitar jam 4.30 pagi menuju jeti dan sampai sekitar jam 5.30 pagi. Setelah berehat seketika sementara menunggu bot disediakan, akhirnya kami bersedia memulakan aktiviti menuju kawasan yang sudah dipersetujui.Harapan berkobar-kobar untuk memburu spesis idaman terus menjadi pembakar semangat rakan-rakan yang turun pada pagi itu.Air sudah bergerak pasang ketika kami mulai menyusuri sungai tersebut. Diiringi cuaca yang baik serta keadaan angin yang sepoi-sepoi menambahkan lagi harapan untuk mendaratkan spesis trofi.

Kelihatan Bot Trio sedang bergerak menuju destinasi casting.



Lontaran demi lontaran dibuat namun sambutan agak kurang, mungkin kerana air ada sedikit tawar atau pun faktor lain yang menyebabkan ikan kurang galak menyambar gewang.Setelah sekian lama barulah da sambaran dari sang kerapu.

Kerapu pertama oleh Azizi



Walaupun hampir setiap ceruk dan sudut dicast, namun tiada juga terjumpa spesis yang dicari. Kemana lah agaknya...Namun kami tetap tidak berputus asa, dan ada juga beberapa spesis lain yang berjaya dinaikkan seperti titir, kerapu dan baby GT.

Baby GT oleh Azizi



Lagi kerapu Oleh Azizi....memang mantap Partner saya ni...



Rasanya habis sudut sehinggakan ceruk yang tak masuk akal pun di cast...semata mata untuk memburu si dia...dan ini lah akibatnya



Buntal pun tergoda...layan



Setelah mencuba sekiaan lama akhirnya bersua dengan spesis yang menjadi idaman setiap caster...MJ yang bersaiz sederhana yang menceriakan suasana.....



Setelah agak jauh menyusuri sungai, sambutan dari spesis pemangsa masih lagi kurang. Kelihatan juga bot alpha yang dikendalikan oleh Bro PE berusaha sedaya upaya mencari spesis idaman.





Manalah tembaring ni...mungkin itu lah yang bermain difikiran Bro Sahur dan PE...



Rehat dulu....



Setelah selesai berehat makan tengah hari, kami meneruskan aktiviti casting ke destinasi yang lain disepanjang sungai utama. Namun keadaanya tidak banyak berbeza dengan kondisi air surut laju serta angin kencang menyukarkan lagi keadaan. Setelah sekian banyak kawasan dicuba serta banyak bangkar yang diselongkar, kami hanya mampu mendarat kan 1 baby GT dan 1 MJ junior.

Bangkar yang kelihatan berpotensi



MJ kedua saiz junior....



Baby GT oleh Azizi dan penutup untuk trip hari tersebut.



Kami memtuskan untuk menamatkan sesi casting pada jam 5.30 petang. Dan Hasil keseluruhan, 2 MJ, 2 titir, 2 kerapu, 3 baby GT dan 1 sesumpit.

Jumpa lagi di lain trip. Sekian