Isnin, 30 Ogos 2010

Trip Semarang Julai 2010

Trip kali ini hanya kami 6 orang saja pergi sebab 2 orang lagi rakan menarik diri saat akhir. Kali ini tekong harapan kami membawa kami ke lokasi memancing yang belum pernah kami lawati sebelum ini. Sepanjang 2 hari 2 malam memancing, hasilnya memang mantap. Dengan spesis ikan yang bagak-bagak speri ikan putih aka jemuduk, cupak, lausu, ikan mearah, kerapu, Tungap, kerapu bara dan pelabagi spesis lagi berjaya dinaikkan.....memang puas dan seronok.....





Santai Casting........


Pada bulan Puasa ni, aktiviti memancing terpaksa di kurangkan sementara waktu...namun begitu aktiviti casting masih diteruskan dan sabtu lepas, bersama anak-anak pergi casting di Awat-awat untuk menguji gewang Rapala Tail Dancer Deep color Hot Tiger....hanya satu strike dari sang titir......syok juga sambil sambil enjoy dengan famili....

Khamis, 26 Ogos 2010

Semarang oh Semarang............

Belum puas rasanya memancing di perairan Semarang menyebabkan kami mengatur trip kedua. Bersama rakan-rakan dari Beaufort dan K Kinabalu kami sekali lagi meredah lautan menuju lokasi memancing di Laut Semarang. Trip kali ini lebih sukse memandangkan spesis ikan yang dinaikkan bagak-bagak sampai ada yang patah rod di gasak oleh spesis dasar.......





Dari Bintuka ke Semarang

Keseronokan memancing di Bintuka memang cukup memuaskan..tetapi...terasa pula ingin mengembara ke destinasi memancing yang lain.Hmmm.....nasib baiklah juga kawan baik saya Hamzah mengajak saya menyertai trip memancing di kawasan laut dalam sekitar Semarang...satu lokasi memancing yang terletak di luar pantai Pulau Labuan.Di situlah bermula episod baru dalam dunia memancing saya setelah mengikuti trip selama 3 hari dan 2 malam bersama-sama kaki pancing yang lain menduga pelbagai spesis laut yang terdapat disitu......seronok dan teruja !





Kenangan pertama kali menjejak kaki di Bintuka






Hmmm.....teringat saya pengalaman pertama memancing di kawasan Bintuka Beaufort atas pelawaan rakan sekerja. Seingat saya tarikh tu adalah pada bulan November 2008.Tak terasa rupanya dah hampir 2 tahun jugalah saya bertugas di Beaufort.Itula detik permulaan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Pada trip tu, saya bersama rakan baik saya Hamzah dan Pak Lah awal-awal lagi bertolak dari Beaufort menuju jeti bot sewa Tn Hj Kumit yang mana perjalannya memakan masa lebih kurang 40 minit. Waktu itu keadaan jalan raya belum lagi berturap sepenuhnya. Sebelum sampai di jeti kami singgah di kolam udang Tn Hj untuk membeli stok umpan udang hidup yang pada masa itu djual dengan harga RM16.00 sekilo gram. Setelah selesai membeli udang hidup kami pun terus menuju jeti. Tn Hj mempunyai lebih kurang 7-8 bot sewa pada masa itu yang mana setiap pemancing dikenakan sewa RM10.00 seorang. Kos minyak kami tanggung sendiri. Saya telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan saya untuk mengemudi bot, hmm jadi tekong lah kiranya. Setelah selesai memunggak kelengkapan yang tak seberapa ke dalam bot, kami pun bergerak menuju destinasi. Rakan saya Hamzah sudah agak biasa dengan kawasan Bintuka, jadi dia lah yang menjadi pemandu arah bagi kami di sepanjang sungai Bintuka. Di kawasan Bintuka seperi juga kawasan muara sungai yang lain, keadaan pasang surut banyak mempengaruhi tahap keaktifan ikan-ikan. Sekiranya pasang terlampau besar dan laju, atau surut terlampau deras ika-ikan agak kurang aktif, atau sekiranya air sungai terlalu tawar atau terlalu masin juga akan mempengaruhi hasil pancingan. Kami mula melabuhkan pancing lebih kurang jam 7 pagi. Kami terus memancing di beberapa lokasi sepanjang sungai Bintuka sehinggalah lewat petang. Hasil pancingan pada hari itu juga memberangsangkan yang mana kami berjaya menaikkan beberapa spesis biasa yang terdapat di Bintuka seperti pari, ikan putih ( spesis trevally ), mayong, kerapu, merah tanda ( jenahak ) dan beberapa spesis lagi. Hari yang menyeronokkan.........