Setelah lebih setahun tidak turun bersama Paklah akhirnya semalam kami turun bersama disertai seorang lagi kawan sepejabat Mr. Donil. Rancangan asal adalah untuk membottom dan melawat lubuk-lubuk lama. Seawal jam 5.30 pagi kami sudah bergerak menuju destinasi pancingan sambil berbekalkan set pancingan dasar dan set casting serta udang hidup. Memang enjoy trip semalam dan hasil yang memuaskan. Beberapa aksi dan gambar kenangan sempat dirakamkan untuk tatapan semua. Selamat membaca
Melalui jalan pintas

Berderet Joran....

Ikan Putih ( Baby GT ) memang dah sinonim dengan Paklah

Lama dah tak membottom....lain pula rasanya menaikkan MJ pakai set spinning

Memang tak sah kalau tak merendam gewang...MJ pertama yang tertipu

Kerapu pun suka Brown Tiger

Paklah pun suka merendam gewang walaupun guna set Bottom...ada juga lesen kerapu

MJ kedua dengan HT 09

Trip kali ini lebih kepada trp pendedahan arena Casting kepada Mr. Donil dan Paklah dan semoga minat aktiviti memancing ini boleh dipertingkatkan ke tahap baru. Sekian untuk kali ini jumpa lagi di trip akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan