Khamis, 27 Oktober 2011

Sinaran Kelkatu

Sekembalinya Mr Awangku dari melakukan tugas khas di perantauan, kami terus merancang satu sesi mengilat untuk menguji 'senjata' baru dan sebagai eksperimen menguji penggunaan 'softplastic'. Trip yang telah selesai dijalankan pada hari sabtu 22/10/11 yang lepas memang berbaloi dengan strike dari penghuni sungai yang aktif serta beberapa eksperimentasi yang memberi keputusan yang positif. Walaupun trip kali ini berakhir sekitar jam 12.00 tengahari, namun kami amat berpuashati.

Seperti biasa setelah selesai menyediakan kelengkapan, kami bergerak ke destinasi sekitar jam 7 pagi. Keaadan air yang bergerak surut perlahan menjadikan sesi mengilat menjadi rancak. Di perhentian pertama Awangku berjaya memujuk keluar ungah skala 800gm yang juga menjadi trofi pertama reel barunya. Setelah tiada sambaran lagi kami bergerak ke lokasi seterusnya dan segala-galanya menjadi rancak selepas itu bilamana lontaran-lontaran mendapat sambutan dari penghuni sungai. Dipendekkan cerita sepanjang pagi itu memang tiada masa untuk berehat kerana sibuk melayan strike. Saksikan beberapa rakan peristiwa yang sempat diambil untuk tatapan semua.

1. Awangku dengan reel idaman Shimano Calcutta Conquest 101....perghh...silau mata




2. Habuan awal pagi......ungah Lawas



3. Penggunaan softplastic bait juga berkesan....best layan dengan lite setup



4. Hasil ke-2 oleh SP



5. Percubaan dengan gewang baru jenama PAYO juga tidak menghampakan



6. Ungah ke-2 untuk CQ



7. Kerapu hitam dan gewang PAYO Slimmer Deep



8. Ungah Bangkar menjadi habuan ke-3 Awangku



9. Gewang PAYO siri crankbait memang berkesan.



10. Lagi kerapu dengan gewang PAYO Cracker



11. Penulis dengan spesis bermutu di Awat-Awat



12. Percubaan menggunakan gewang PAYO memang menjadi.



Setelah penat melayan strike akhirnya kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting lebih awal dan hasil keseluruhan amat memuaskan.
Sekian jumpa lagi di trip seterusnya.

Selasa, 11 Oktober 2011

MELOMBONG "ARANG BATU"

Perancangan yang telah diatur bebrapa hari lebih awal untuk turun 'melombong' di sekitar sungai di Lawas akhirnya terlaksana dengan disertai 3 buat bot yang menghimpunkan 7 'pelombong' baru dan lama. Kejadian berlaku pada 8/10/11 iaitu pada sabtu lalu dimana matlamat utama penggalian ini adalah untuk mendapatkan stok 'arang batu' yang terdapat banyak di lombong nipah. Galian lain yang bermutu tinggi juga menjadi matlamat pencarian memandangkan 'lombong' bersebelahan trusan belum lagi diterokai sepenuhnya sebelum ini.

Komplot yang menggandingkan 3 bot kali ini disertai oleh Mr Sim dan crew yang telah bergerak lebih awal dari Punang menuju destinasi. Manakala bot kami bergerak bersama dengan bot Juragan dan Neo menuju lombong baru sekitar jam 7.30 pagi. Cuaca yang baik serta kondisi persekitaran yang kodusif menjadikan misi melombong menjanjikan harapan tinggi untuk beroleh galian bermutu.

Beberapa rakaman yang sengaja dan tidak disengajakan sempat didokumenkan untuk tatapan semua.

1. Pemandangan Perkampungan Awat-Awat Lawas.


2. Juragan dan Neo merempit menuju lombong baru dengan injin kuasa turbo...hehehe


3. Neo yang sudah dapat menghidu galian bermutu cuba menggali di kawasan nipah dengan teknik rahsia....


4. Mr Sim dan kru selesai melombong dengan hasil yang mampu membeli sigup berkotak-kotak...ehehheee


5. Galian bermutu yang dapat digali oleh si Jahari dengan mengunakan teknik 'mencaruk'....



6. Galian bermutu lombong baru yang mampu dibawa keluar dengan menggunakan 'drill' kepala merah...uhuhhhuu


P/S : untuk tujuan keselamatan, hasil arang batu yang berjaya dibawa keluar terpaksa disembunyikan dari penglihatan mata kasar untuk mengelakkan dari diserbu CATI....hehheehe


Sekian untuk kali ini