Setelah sekian lama menanti masa yang sesuai, akhirnya trip mengilat bersama Mr Awgku telah selesai dijalankan di lokasi kampung Awat-Awat. Walaupun pernah kedengaran suara-suara skeptik sebelum ini yang mengatakan ikan-ikan di sungai tersebut tidak berminat dengan gewang, kami pula telah membuktikan sebaliknya semalam sekaligus memadamkan mitos negatif yang kedengaran sebelum ini. Dengan hujan yang telah mencurah sekitar 5 pagi, kami memulakan perjalanan agak lewat kerana masih menunggu hujan semakin reda. Sedikit Rakaman kenangan sepanjang perjalanan sempat diabadikan buat para pembaca budiman.
Sesi enjoy teh tarik di Pekan Sundar sambil menunggu hujan reda
Hujan masih lagi mencurah...pemandangan di kawasan perkampungan Awat-Awat
Acara sarapan berat yang membuatkan perut kenyang mata mengantuk dengan Tuan punya Bot....terimaksih banyak.
Sekitar jam 10.30 pagi baru sesi bermula dengan hujan renyai masih lagi membasah bumi. Walaupun nyamuk menyerang dengan rakus akibat cuaca hujan dan lembap, namun ianya tidak menghalang Mr Awgku membuat strike pertama dari spesi kerapu minyak. Tahniah
Setelah itu sesi diteruskan dengan strike silih berganti dalam keadaan cuaca masih lagi hujan renyai serta bertemankan nyamuk yang rakus. Kondisi air yang bercampur baur antara jernih dan keruh memang amat mencabar.Namun akhirnya berjaya juga menjinakkan spesis idaman. Layan
Sesi casting kami teruskan dengan menyusuri sungai kesebelah muara. Dengan keadaan cuaca semakin baik banyak strike diterima dari spesis kerapu, sehinggalah kejadian ini berlaku, ring boleh terpulas serta mata treble hook pun hilang apabila seekor suspek monster cuba dan berjaya melepaskan diri. Lain kali cuba lagi
Setelah kondisi air menjadi semakin kurang menarik, kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting sekitar jam 4 petang, dan dibawah adalah hasil keseluruhan yang turut disaksikan oleh beberapa penduduk kampung awat-awat yang selama ini tidak percaya dengan kebolehan 'Umpan Palsu' atau gewang.
Sekian saja untuk kali ini. Salam hormat kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan