Isnin, 27 Disember 2010

PENCASTER BARU

Trip mengilat yang awalnya dirancang bersama Cikgu Asneh akhirnya diubah memandangkan terdapat kawan baru iaitu Cikgu Ruzlee yang baru berjinak dalam arena casting. Setelah keputusan dibuat, maka pada 23/12/10 yang lepas, kami memutuskan untuk mengadakan sesi mengilat bersama 2 ornag lagi pencaster iaitu Cikgu Karim dan Cikgu Asneh. Kami bertolak dari Beafort lrbih kurang jam 5pagi menuju ke jeti hj Kumit dan sampai dijeti lebih kurang jam 5.45 pagi. setelah selesai memunggah kelengkapan, akhirnya kami bertolah menuju ke destinasi casting, manakala bot Cikgu Karim dan Cikgu Asneh menuju ke destinasi pilihan mereka sendiri. Walaupun keadaan air agak kurang memuaskan akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari, namun kami teruskan juga memandangkan trip tersebut lebih kepada trip pendedahan kepada suasana casting boatbase kepada cikgu Ruzlee.

Caster baru...welcome to the world of casting



Strike di awal pagi.

BAby GT






Cikgu Ruzlee yang masih belum yakin dengan cara sidecast, terkejut dengan strike pertama.Tahniah Cikgu..

MJ Strike Pertama



close up



Walaupun masih belum lancar dengan Round reel, Cikgu Ruzlee makin menjadi....

Strike Kerapu



Strike lagi...steady Cikgu Ruzlee



dia lagi....



Baby....MJ kedua Caster baru...



TERJUMPA SARANG BURUNG.

Sesi pagi memang enjoy, setelah mencuba dibeberapa anak sungai, aktiviti kami terhenti dalam lebih sejam akibat dari reel Cikgu Ruzlee menjadi sarang burung.....sabar Cikgu...itu perkara biasa untuk new caster...
Setelah aktiviti diteruskan, beberapa ekor lagi berjaya dinaikkan.

Kerapu




Baby GT



Umpak aka Garut pun tak ketinggalan



hasil Keseluruhan trip kami, setelah menamatkan sesi casting jam 4.30ptg..
Tahinah kepada Cikgu kerana berjaya menewaskan 2 MJ pada trip pertama casting



Sekian laporan trip kali ini...jumpa lagi di lain masa..

Isnin, 13 Disember 2010

TRIP MENGILAT DAN HUJAN RAHMAT @ BINTUKA

Trip yang hampir dibatalkan akibat hujan yang berlarutan sejak dari hari jumaat lagi akhirnya diteruskan juga memandangkan sudah 2 kali merancang untuk turn mengilat bersama sahabat caster Azizi dari KK sebelum ini dibatalkan atas sebab tertentu. Keputusan untuk meneruskan sesi mengilat kali ini di sulami rasa was-was memandangkan cuaca pada hari sabtu masih lagi kelam dan hujan mencurah tiada henti dari petang Jumaat hingga hingga ke pagi Sabtu. Di temani 2 lagi bot dengan 4 caster iaitu Bor Sahur dan Bro Pisang, serta Cikgu Sudin dan partner, kami sampai dijeti lebih kurang dalam 5.45 pagi. Setelah selesai memunggah kelengkapan, maka kami 3 buah bot meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan. Bot Bro Pisang dan Sahur serta Cikgu Sudin memutuskan untuk memburu spesis idaman di kawasan sebelah Menumbok, manakala saya memutuskan untuk mencuba nasib di sebelah Maidin. Keadaan air yang surut laju pada sebelah pagi menyebabkan air sungai sedikit keruh dan saya memutuskan untuk mencuba beberapa anak sungai sementara menunggu air kembali pasang. Walaupun hati agak gusar disebabkan cuaca mendung dan air keruh, namun perjalanan diteruskan jua sambil mengharap keadaan akan bertambah baik.....

Keadaan cuaca pada sebelah pagi....



saya memutuskan untuk mencuba di sungai ke-2 dan kami berhanyut dari sebelah hulu dengan keadaan air yang semakin baik. saudara Azizi mempertaruhkan gewang Cotton Cordel dari jenis wally diver akhirnya mendapat strike pertama untuk trip hari itu...

Kerapu hitam dan Cotton Cordel



kerapu ke-2 di sungai ke-2





Setelah mencuba beberapa bangkar, akhirnya gewang Storm Thunderstick junior saya disentap kasar.....

Menahan asakan dan larian padu dari sang pemangsa



GT skala 2kg berjaya ditumpaskan



Hari semakin baik dan kami meneruskan sesi casting dengan mencuba ke kawasan lain untuk memburu spesis idaman. Walaupun belum bersua dengan spesis itu namun layanan dari spesis kerapu dan baby gt cukup memberi kepuasan..

Bro Azizi dengan baby GT



Baby GT lagi



Giliran kerapu...



Lagi....



Dan lagi.....



Setelah mencuba beberapa kawasan akhirnya pencarian kami membuahkan hasil....

MJ idaman bersaiz kasar yang pertama.....



Menyusur terus disungai yang sama, sekali lagi bersua muka dengan spesis idaman...

MJ kedua dengan saiz yang lebih kasar.....



Giliran Azizi beraksi....larian padu dan asakan deras dikawal kemas...



Kelibat pemangsa yang tertewas



Akhirya berjaya dinaikkan...Bro Azizi dan barracuda sirip kuning




Lontaran demi lontaran dilakukan dan akhirnya disambut...dan larian padu cuba dikawal..



Akhirnya MJ ke-3 juga bersaiz kasar menjadi penyeri....



Setelah ketinggalan 3-0 MJ, lontaran ke hujung bangkar oleh Bro Azizi akhirnya disambar kasar oleg pemangsa. Kawalan kemas oleh Azizi menjadikan keadaan semakin ceria...

MJ ke-4 bersaiz kasar oleh Bro Azizi



Kami terus menyusur sungai tersebut dan berberapa strike lagi diterima sehinggakan sebiji gewang Cotton Cordel menjadi mangsa apabila peranbut putus selepas gewangnya si sambar oleh pemangsa. kami meneruskan perjalan ke bebrapa lokasi berikutnya...

Tanpa diduga rupanya ada lagi....

Lontaran ke kawasan akar bakau bersambut kasar...dan hampir-hampir sangkut...sekali lagi kawalan kemas berjaya memaksanya keluar dan bertarung dikawasan terbuka....

MJ ke-5 bersaiz sasa menjadi habuan Bro Azizi



Kami teruskan lagi perjalanan walaupun waktu sudah hampir pukul 4.30 petang. Beberapa bangkar di cuba dan akhirnya mendapat reaksi dari pemangsa.

MJ ke-6 dan terakhir trip hari tersebut....



Jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 5 petang dan kami memutuskan untuk menamatkan sesi mengilat pada hari tersebut. tahniah Bro Azizi dan hari itu merupakan hari yang amat menggembirakan buat kami.

Hasil keseluruhan trip



Bro Azizi sempat merakamkan gambar kenang-kenangan



Sekian untuk sesi kali ini, kita berjumpa di sesi mengilat yang akan datang.

Khamis, 9 Disember 2010

KOMANDO JUNIOR M.E.L

Trip singkat secara mengejut telah diatur bersama sahabat caster iaitu Cikgu Asneh dan Cikgu Ruzlee untuk mengilat di Eco Lake Membakut. Berbekalkan set sederhana serta beberapa biji popper dan pencil untuk memenuhi keinginan mengasting serta menduga spesis di Eco Lake. Besar lah harapan kami untuk mendapat strike Monster tetapi masa yang begitu singkat membantutkan hasrat. Belum lama pun skitter pop jenama hinomiya di baling ke kawasan tepi berumput,dengan sepantas kilat iaya disambar oleh spesis yang rakus. Setelah diberi tentangan yang sederhana, ahkirnya ia dapat didaratkan dengan selamat. Toman junior membakut yang merupakan lesen pertama saya di Eco Lake selepas kunjungan kali kedua.Trip suslan telahpun diatur.....

Toman Junior yang terpikat dengan skitter pop hinomiya





kepada sahabat caster cikgu Asneh dan cikgu Ruzlee....jangan putus asa....next trip kita cari yang monster size

Jumaat, 3 Disember 2010

TRIP MENGILAT BERSAMA CK

Trip yang dirancang mengejut untuk turun mengilat bersama CK telahpun terlaksana pada hari semalam Khamis 2/12/10. Kami turun menuju jeti dari Pekan pada jam 4.40am dan tiba di jeti jam 5.30am. Keadaan air sungai pada waktu itu telahpun bergerak pasang dan kondisi air boleh dikatakan amat cantik sekali. Setelah sekian lama ingin turun mengilat bersama, baru kali ini terlaksana. Hasil hari ini agak kurang, namun keseronokan memang terasa kerana berpeluang melemparkan gewang beratus kali agaknya....tanpa rasa jemu dan putus asa... dan hasilnya.......


YF Baracuda seberat 2kg





Merah Tanda & TDD 07 BLT



Kerapu dan TDD07



Kerapu Oleh CK dengan X-Rap Jointed



Hasil Trip keseluruhan



Sahabat Caster Tuan CK.....terima kasih kerana sudi turun bersama. Mudah-mudahan lain kali boleh mengilat bersama lagi..



Untuk Cikgu hasni.....next trip kita punya turn....awassssssss

Khamis, 18 November 2010

Menjejak Si Merah..

Kesempatan bercuti pada hari Selasa pada 16/11 yang lalu saya manfaatkan untuk mengilat pada sesi pagi di Awat-Awat Lawas untuk menjejak spesis yang berjaya menyangkutkan gewang TDD CLF 07 saya pada sesi mengilat pada hari Ahad lepas.....kekecewaan pada hari Ahad lepas akhirnya terubat apabila sesi mengilat pada pagi hari Selasa membuahkan hasil dan menjawab persoalan samada spesis ini memang ada di kawasan tersebut...dan ternyata ianya memang sangat mengujakan..........



Imej jarak dekat Spesis Mangroove Jack aka Siakap Merah yang berjaya dinaikkan pada sesi mengilat 16/11

Isnin, 1 November 2010

Trip Mengilat di Sipitang 30/10/10

Pada 30/10/10 yang lepas saya bersama bro Dinn telah mengadakan satu trip mengilat di kawasan Sipitang. Walaupun air sejuk pada hari tersebut dan juga surut laju, namun trip diteruskan juga bagi memuaskan keinginan untuk mengilat......

Perjalanan awal pagi...kelihatan pemandangan pekan Sipitang yang mendamaikan...



Dalam perjalanan menuju destinasi....



Gaya tekong harapan sambil membayangkan tarikan MJ sipitang.....



Keadaan sungai yang sempit dan wild....



Strike pertama.....kerapu hitam


Strike ke-2 juga kerapu hitam.....



Baby kerapu oleh Bro Dinn...



Baby MJ oleh bro Dinn.....satu-satunya MJ yang strike pada hari itu....



Lagi Baby kerapu oleh Dinn.....



Terpaksa menyorong bot di kawasan cetek.....



Kerapu terakhir untuk hari tu oleh Bro Dinn.....



Hasil keseluruhan trip.......dan yang penting enjoy casting.....TQ bro Dinn dan jumpa lagi next trip