Khamis, 9 Jun 2011

ANGIN, ARUS DAN HUJAN

Sudah hampir setahun rasanya sejak kali terakhir saya turun mengilat bersama Cikgu Karim. Semalam kami turun mengilat di Bintuka seperti yang telah kami rancang sejak minggu lepas lagi. Rancangan lokasi mengilat semalam adalah ke Sungai Menumbok serta kawasan sekitar. Namun begitu hujan lebat sejak 2 hari lalu membuat saya sedikit risau tentang kondisi air, maklumlah paras air sungai Padas sudah amat tinggi dan beberapa bahagian di Beaufort sudahpun banjir. dalam perjalan menuju ke jeti pun beberapa kawasan jalan ditenggelami air namun masih dapat dilalui.

Setelah siap memunggah peralatan dan kelengkapan, kami bergerak menuju destinasi mengilat dengan keadaan cuaca cerah serta berangin. Kondisi air agak terjejas kerana mungkin berlaku banjir di bahagian hulu sungai Klias, namun begitu aktiviti mengilat kami teruskan jua. Keadaan air pasang tinggi sekitar jam 10 pagi serta angin kencang memang menyukarkan keadaan ditambah pula dengan hujan sekitar jam 3 petang betul-betul menguji kesabaran.

Sedikit rakaman perjalanan trip sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

1. Cikgu Karim tengah membuat pilihan set yang akan digunakan



2. Pemandangan dalam perjalanan di kala pagi



3. MJ pertama oleh Cikgu Karim dengan gewang shadrap 07 HT



4. MJ ke-3



5. MJ ke-4



6. Talang dan TDD Parrot



7. MJ ke-5 peribadi trip kali ini yang bersaiz kasar oleh CK. Strike di kala hujan . Tahniah Tuan



8. MJ ke-7 trip kali ini...layan



9. Hasil keseluruhan



Sekian saja untuk kali ini. Berjumpa lagi di masa akan datang.
Terima kasih

Jumaat, 3 Jun 2011

MAGNITUD 7.0

Pelawaan untuk memancing bersama oleh rakan karib saya SWhunter semalam 02.06.2011 memang sukar untuk ditolak, memandangkan beliau ini lah yang memperkenalkan saya dengan Bintuka 2 tahun yang lepas. Kalau dulu kami turun bersama untuk membottom, tapi kali ini suasana telah berubah. Teknik bottom bukanlah lagi sebagai pilihan utama saya, sebaliknya sudah saya sudah serasi dengan teknik casting. Kami memutuskan untuk menggunakan teknik casting walaupun rakan saya ini masih sangat baru dalam arena ini.

Kami mula bergerak ke destinasi casting sekitar jam 6.00 pagi menggunakan khidmat bot Hj Kumit. Kami tidak menaruh harapan yang tinggi untuk trip kali ini memandangkan kondisi pasang surut memang tidak menarik, namun memandangkan beliau yang bertugas di Tawau dan jarang-jarang balik membuatkan kami meneruskan hasrat sambil mengimbau kembali kenangan lama di Bintuka.

Walaupun agak sunyi, tetapi kami tidak bersendirian di mana dalam perjalanan ke lokasi kami terserempak dan sempat bersembang dengan BlackbassBhunter dan partner serta Geng Pendita. Beberapa gambar kenangan sempat diabadikan buat tatapan pembaca budiman.

1. Rakan Seperjuangan dalam arena membottom ( Swhunter )



2. Kena karan casting...layan saja bro



3. Trofi pertama beliau...MJ saiz kasar. Tahniah Bro



4. Walaupun kemuncak pasang pada ketinggian 2 meter lebih, namun masih dapat strike MJ cilik.....



5. MJ pertama saya trip kali yang memberikan tentangan hebat....



6. Makin meriah...MJ ke-4 kami di kala air surut laju. Mantap Bro



7. Huhhhh.....ada lagi rupanya....MJ ke 5 oleh Swhunter lagi.



8. Giliran saya pula....MJ keenam kami menghiburkan....



9. MJ ke-7 dan penutup untuk trip kali ini. Walaupun seakan tidak percaya, tapi percayalah !



10. Bro SWhunter bergambar dengan hasil keseluruhan Koleksi MJ bersama lebih kurang 8 ekor kerapu ( tidak di gambar ) pada trip kali ini. Alhamdulillah



11.Magnitud 7.0...spesis yang sentiasa menjadi idaman ramai.



Sekian jumpa lagi di lain trip.