Rabu, 18 Mei 2011

CILI BENGGALA PELAIT

Sempena cuti hari Wesak, sekali lagi komplot casting telah diatur bersama rakan caster Mr. Awgku, namun trip kali ini beliau ingin berkunjung ke Sg Pelait. Sungai masih dikira masih terpelihara keadaannya dan amat asing kepada para caster yang ada di Lawas. Kami memulakan perjalanan dari kampung dalam pukul 6 pagi menuju jeti dimana kami mendapatkan khidmat bot iaitu di Kampung Punang. Walaupun mengetahui kondisi air kurang sesuai pada sebelah pagi hingga tengah hari, kami teruskan jua hasrat.Tambahan pula cuaca mendung berserta hujan renyai dan berangin seawal jam 7 pagi membuatkan saya sedidkit risau. Sementara menunggu cuaca semakin baik, kami memanaskan badan dengan sesi casting di sungai kecil Punang. Memang begitu mencabar sesi sebelah pagi dan hanya 2 kerapu yang sudi menyambar gewang. Setelah hari kembali cerah sekitar jam 9.30 pagi barulah kami bergerak ke destinasi pilihan iaitu Sungai Pelait.

Setibanya kami di Pelait, paras air masih lagi terlalu tinggi dan todak kondusif untuk aktiviti casting. Lontaran demi lontaran dibuat namun tiada sambutan sehinggalah jam 1 petang bila air mula surut laju, baru la aktiviti semakin rancak. Kerapu pun mula ligat mengejar gewang. Beberapa rakama peristiwa sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Bot yang digunakan untuk trip kali ini, terima kasih tuan punya bot.



Pemandangan disekitar jalan keluar ke sungai Punang



Cuaca suram mengiringi perjalanan





Setelah tiada sambaran, kami bergerak keluar dari Sg Pelait sebab risau muaranya semakin cetek dan menyukarkan perjalanan.Seterusnya kami menyambung aktiviti di Sg Punang sekitar jam 3 hingga 5 petang dan hasilnya tidak menghampakan.




Hasil keseluruhan, syukur alhamdulillah.....



Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi di trip akan datang

Sabtu, 14 Mei 2011

TIADA LAGI MITOS

Setelah sekian lama menanti masa yang sesuai, akhirnya trip mengilat bersama Mr Awgku telah selesai dijalankan di lokasi kampung Awat-Awat. Walaupun pernah kedengaran suara-suara skeptik sebelum ini yang mengatakan ikan-ikan di sungai tersebut tidak berminat dengan gewang, kami pula telah membuktikan sebaliknya semalam sekaligus memadamkan mitos negatif yang kedengaran sebelum ini. Dengan hujan yang telah mencurah sekitar 5 pagi, kami memulakan perjalanan agak lewat kerana masih menunggu hujan semakin reda. Sedikit Rakaman kenangan sepanjang perjalanan sempat diabadikan buat para pembaca budiman.

Sesi enjoy teh tarik di Pekan Sundar sambil menunggu hujan reda



Hujan masih lagi mencurah...pemandangan di kawasan perkampungan Awat-Awat



Acara sarapan berat yang membuatkan perut kenyang mata mengantuk dengan Tuan punya Bot....terimaksih banyak.



Sekitar jam 10.30 pagi baru sesi bermula dengan hujan renyai masih lagi membasah bumi. Walaupun nyamuk menyerang dengan rakus akibat cuaca hujan dan lembap, namun ianya tidak menghalang Mr Awgku membuat strike pertama dari spesi kerapu minyak. Tahniah



Setelah itu sesi diteruskan dengan strike silih berganti dalam keadaan cuaca masih lagi hujan renyai serta bertemankan nyamuk yang rakus. Kondisi air yang bercampur baur antara jernih dan keruh memang amat mencabar.Namun akhirnya berjaya juga menjinakkan spesis idaman. Layan



Sesi casting kami teruskan dengan menyusuri sungai kesebelah muara. Dengan keadaan cuaca semakin baik banyak strike diterima dari spesis kerapu, sehinggalah kejadian ini berlaku, ring boleh terpulas serta mata treble hook pun hilang apabila seekor suspek monster cuba dan berjaya melepaskan diri. Lain kali cuba lagi




Setelah kondisi air menjadi semakin kurang menarik, kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting sekitar jam 4 petang, dan dibawah adalah hasil keseluruhan yang turut disaksikan oleh beberapa penduduk kampung awat-awat yang selama ini tidak percaya dengan kebolehan 'Umpan Palsu' atau gewang.



Sekian saja untuk kali ini. Salam hormat kepada semua.

Khamis, 12 Mei 2011

ANTARA DUA ZAMAN

Setelah lebih setahun tidak turun bersama Paklah akhirnya semalam kami turun bersama disertai seorang lagi kawan sepejabat Mr. Donil. Rancangan asal adalah untuk membottom dan melawat lubuk-lubuk lama. Seawal jam 5.30 pagi kami sudah bergerak menuju destinasi pancingan sambil berbekalkan set pancingan dasar dan set casting serta udang hidup. Memang enjoy trip semalam dan hasil yang memuaskan. Beberapa aksi dan gambar kenangan sempat dirakamkan untuk tatapan semua. Selamat membaca

Melalui jalan pintas



Berderet Joran....



Ikan Putih ( Baby GT ) memang dah sinonim dengan Paklah



Lama dah tak membottom....lain pula rasanya menaikkan MJ pakai set spinning



Memang tak sah kalau tak merendam gewang...MJ pertama yang tertipu



Kerapu pun suka Brown Tiger



Paklah pun suka merendam gewang walaupun guna set Bottom...ada juga lesen kerapu



MJ kedua dengan HT 09



Trip kali ini lebih kepada trp pendedahan arena Casting kepada Mr. Donil dan Paklah dan semoga minat aktiviti memancing ini boleh dipertingkatkan ke tahap baru. Sekian untuk kali ini jumpa lagi di trip akan datang.

Selasa, 3 Mei 2011

GEGARAN SEBELUM HUJAN

Hanya berselang sehari selepas trip mengilat diBintuka pada sabtu bersama Cikgu AB, saya kembali beraksi dan kali ini bersama Mr. Awgku dan destinasi kali ini adalah di Sg Belipat. Oleh kerana trip ini dijalankan secara mengejut, kami sudah agak lewat sampai ke destinasi casting dan sesi hnaya bermula sekitar jam 10.30 pagi. Sasaran pertama adalah untuk megilat di Sg Kaku. Kondisi air yang tidak sesuai dan terlampau tinggi membuatkan kami hanya sempat casting sekjap sahaja dan berpindah spot.Seterusnya kami mencuba mengilat di kawasan berbatu sekitar Pulau Sari dan selepas itu baru lah air bergerak surut dan kemudiannya kami menuju ke Sg Belipat. Di bawah adalah rentetan peristiwa yang berlaku semasa trip mengasting semalam. Selamat membaca.

1 KUALA LAWAS yang masih keruh airnya.



2 KEINDAHAN PULAU SARI yang mempunyai tebing berbatu juga sesuai untuk spot casting dan popping





4 RAKAN CASTER LAWAS Mr. Jaya dan partner berusaha memujuk spesis yang ada di perairan berbatu Pulau Sari








8 BABY MJ juga tidak mahu ketinggalan



9 LAGI BABY MJ tergoda oleh TDD07 GF



11 HUJAN LEBAT 2.30petang menyebabkab sesi ditamatkan lebih awadari biasa.



Hasil keseluruhan trip kali ini, 4 MJ termasuk 3 MJ junior, 1 baby GT, 1 titir, 3 kerapu dan seekor siakap cilik.

Sekian sahaja laporan trip dan jumpa lagi pada sesi akan datang.