Rabu, 3 Ogos 2011

SILVER MINI BINTUKA

TRIP 28 Julai 2011 mungkin merupakan trip mengilat terakhir di Bintuka sebelum bulan Puasa menjelma. Trip kali ini dijayakan bersama BBhunter yang sememangnya merupakan caster yang arif tentang selok belok di Bintuka. Kami memulakan perjalanan ke destinasi sekitar jam 7.00 pagi tanpa menaruh harapan tinggi memandangkan kondisi air yang tidak berapa sesuai sepanjanga hari. Trip kali ini juga lebih kepada trip santai, maklumlah bulan Ramadan akan menjelma sehari dua lagi, dan biasanya sepanjang bulan puasa, aktiviti menglat boatbase akan dihentikan buat sementara waktu.

Pada trip kali ini, kami menyasarkan untuk melawat spot-spot casting yang telah agak lama ditinggalkan, dan pada pagi itu para pemancing dasar juga agak ramai yang mencuba nasib di Bintuka.

Sepanjang trip, boleh dikatakan respon dari penghuni sungai dan bangkar tidak mengecewakan, cuma beberapa strike yang rabut akibat treblehook terkangkang dan leader terputus menyebabkan kami berputih mata. Namun secara keseluruhannya, trip adalah memuaskan dan enjoy....

1. Bro BBH selaku pathfinder pada trip kali ini.



2. Mini silver di lokasi pertama...



3. Misteri....????



4. Hook TDD09 tewas juga......




5. Mangrove Jack di Sungai Sesat oleh BBhunter



6. MJ oleh Penulis dan aksi-aksi yang sempat dirakam







7. BBhunter Dengan MJ keduanya...Tahniah



8. Aksi BBhunter ketika mengawal larian Silver Junior...



9. Perlawanan memihak Caster707.... BBHunter dengan Siakap Putih yang menjadi idaman ramai...tahniah



10.Senyuman Ceria apabila berjaya menjinakkan spesis idaman.....




Setelah selesai melawat beberapa spot pilihan kamimemutuskan untuk bergerak pulang ke jeti lebih awal memandangkan kondisi air yang terlalu rendah. Hasil casting kseluruhan pada hari itu, Siakap Putih 2, Mangrove Jack 6 termasuk 1 CNR, kerapu CNR 3 dan 1 BAby GT.

Akhir kata, disetiap pengembaraan ada pengajaran dan pengalaman. Jumpa lagi di lain trip. Sekian