Setelah 3 kali rancangan untuk ke laut dalam dibatalkan atas sebab yang tdak dapat dielakkan, akhirnya trip berjaya juga dijalankan pada 25 - 27 jun 2011 yang lepas. Hasrat saya menganjurkan trip ini adalah untuk memberi peluang kepada rakan-rakan / biras dan sepupu merasai sendiri pengalaman memancing di laut. Kami bertolak dari Lawas pada pagi hari Sabtu 25 Jun sekitar jam 6 pagi. Namun begitu umpan telah pun dibeli pada hari sebelumnya dengan setiap seorang menyediakan 5 kilogram basung untuk keperluan 3 hari 2 malam di laut. Setibanyanya di Jeti Pulau tiga, kami memunggah keperluan ke dalam kapal, ada juga rakan yang membeli keperluan tambahan yang difikirkan perlu sebelum berangkat. Seperti biasa sebagai penganjur, saya mengambil keputusan untuk duduk di bahagian kemudi kapal sambil mangambil peluang untuk trolling, manalah tahu kemungkinan ada tenggiri yang sudi menyambar gewang trolling.
Untuk kawan yang baru pertama kali turun seperti Mr. Awangku, pengalaman pening-pening dan mual adalah perkara lumrah yang perlu dilalui. Walaupun agak kurang selesa namun beliau dapat mengharunginya. Syabas.
Pada trip kali ini hanya kami berlima sahaja yang menyertai setelah 3 lagi kawan-kawan yang menarik diri. Pada trip ini kami hanya menyasarkan untuk menguji takat pada kedalaman 30 meter lebih sahaja. Teknik yang digunakan adalah pancingan dasar, hanyut dan apolo yang mana saya secara peribadi lebih suka menggunakan handline kerana ianya lebih cepat.Banyak teknik-teknik yang sempat dikongsi bersama rakan-rakan baru sepanjang trip. Memang sepanjang 3 hari 2 malam tersebut amat memuaskan walaupun ada rakan yang masih pening lalat. Tahniah kepada semua yang menyertai dan beberapa rakaman perjalanan sempat diabadikan untuk rakan-rakan semua.
1. Selamat datang ke Kuala Penyu
2. Memunggah kelengkapan dengan harapan penuh tong la trip ni..
3. Berborak sambil menunggu keberangkatan
4. Membuat persiapan trolling dan handline
5. Strike tenggiri pertama 5kg antara 3 tenggiri yang berjaya dinaikkan dengan kaedah trolling
6. Masih tahan tukul lagi geng ni.....syabas
7. Kelihatan Pelantar minyak dari kejauhan
8.Antara hasil malam pertama, kan putih krian datang menyerang....tak menang tangan dibuatnya.
9. Ikan merah 12 kg yang sukar diperolehi yang mempunyai nilai tinggi di pasaran
10. Mr Awangku bergambar dengan sebahagian hasil pancingan
11. Merakam gambar kenangan dengan si merah
..
12. Saya pun nak jugak la....kata Mr Awgku
Sekian sahaja untuk kali ini. Trip seterusnya pada Bulan September 2011. Nantikan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan