Sabtu, 23 Julai 2011

TRIP Sish KABAB

Kesempatan waktu bercuti memang tidak disia-siakan apabila satu trip mengilat telah selesai dijayakan bersama Rakan Caster yang sentiasa dahagakan strike iaitu Mr Awgku Adi. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat bot di Kampung Punang bagi kegunaan mengilat pada kali ini. Destinasi yang ingin diterjah kali ini ialah di sekitar perairan muara sungai KEMBAR yang agak lama kami tidak kunjungi.

Dengan keadaan pasang surut yang menarik serta cuaca yang baik, perjalanan kami ke destinasi berjalan lancar serta mengujakan. Maklum sajalah, memang sepengetahuan kami, belum ada caster lain yang pernah meneroka kawasan berkenaan, dan kami berasa amat bertuah menjadi tetamu caster pertama untuk perairan tersebut.

Aktiviti mengilat bermula dengan baik dan awal-awal lagi MAngrove JAck Junior menyapa gewang Bolt PArrot yang saya gunakan. Semakin lama semakin rancak aktiviti mengilat dan strike silih berganti dari kami berdua. Apa yang sangat mengujakan adalah sapaan dari spesis "serigala" sungai iaitu Mangrove JAck a.k.a MJ atau siakap merah yang begitu rakus menyambar gewang. Ini menandakan yang populasi MJ disini masih dalam keadaan yang amat baik dan memberi sinar harapan kepada caster yang ingin berkunjung ke sini.

Walaupun turun agak lewat dan balik lebih awal, namun trip kali ini dikategorikan amat sukses dimana 14 serigala sungai aka MJ ditumpaskan. Banyak lagi spot berpotensi belum sempat dilawati kerana kesuntukan masa. Semoga di laian trip akan berkunjung lagi ke perairan ini.

Tidak kami lupakan, kepada rakan serta pengunjung blog, sedikit rakaman perjalanan sempat di paparkan untuk anda semua. Terima kasih atas lawatan anda.


1. Dalam perjalanan di Sungai Punang dambil menyediakan peralatan mengilat.




2. Muara Punang. Kelihatan 'Long' jeti yang kerap menjadi spot membottom para pemancing tempatan.




3. Merentas laut dengan harapan dimurahkan rezeki pada kali ini.



4. Muara Kabab yang menjanjikan kejutan kepada pengunjungnya.




5. Penghuni Hutan ' sekumpulan Monyet Bakau ' yang meriah ketika awal pagi.




6. Mula beraksi dengan mencuba beberpa spot yang difikirkan berpotensi.




7.MJ junior dan Bolt yang sudah terbukti di awal pagi.



8. MJ Pertama oleh Awgku dengan TDD07 FP



9. MJ kedua Awgku juga tidak jauh dari strike MJ pertama




10.Berhenti rehat sambil menikmati makanan ruji...hehhehehe





11. MJ ke 13 dan yang terakhir dari Awgku pada trip kali ini.



Hasil keseluruhan, 14 MJ ], 7 kerapu dan 1 Titir. CNR 3 kerapu, 2 sumpit dan 1 Bulan-bulan.

Akhir kata, perairan ini akan diberi rehat selama sebulan untuk memastikan populasinya kembali berkembang untuk dilawati pada masa akan datang.

1 ulasan: