Sabtu, 9 Julai 2011

DELTA BUMBUN

Setelah agak lama rasanya tidak turun mengilat di Lawas, semalam bersama dengan rakan caster Jarie TDD, satu komplot telah diatur dan berjaya dilaksanakan untuk mengeksplorasi kawasan baru sekitar Delta Bumbun bersebelahan Sg Awat-Awat Lawat. Keadaan di Sungai ini agak unik dengan airnya yang merah kehitaman walaupun begitu hampir dengan laut, namun keadaaan airnya tidak banyak diopengaruhi oleh air laut. Kami bertolak ke destinasi sekitar jam 10 pagi diiringi cuaca panas terik. Walaupun arus pasang surut agak lemah, namun dengan bantuan angin membuatkan aktiviti mengilat berjalan lancar. Misi hari ini sekadar meneroka potensi Muara Bumbun disamping memberi peluang kepada rakan caster yang baru berjinak dalam arena casting iaitu Mr. Jarie TDD menikmati sesi casting seharian dengan sepuasnya.

Beberapa aksi sepanjang trip sempat dirakamkan untuk tatapan semua. .

1. Perjalanan menuju destinasi.Hari ini Mr Jarie bakal beraksi menggunakan Reel Curado 201E7 dipadankan dengan Rod Abu Vengeance serta tali Sufix 832



2.Walaupun masih baru dalam arena casting, namun sudah mampu melakukan lontaran tepat ke sasaran.



3.Strike wajib kerapu hitam di Bumbun...



4.Mj Bumbun dan merupakam MJ pertama untuk trip ini. Tahniah Mr Jarie



5.Wild tapi spoil...walupun nampak berpotensi tapi hakikatnya kosong.



6.Mj muara yang ke-2, strike di bangkar oleh Mr Jarie



7.Lost and found....walaupun putus sewaktu strike berlaku, namum Mj dapat diselamatkan setelah ia lari dan tersangkut dikawasan akar bakau yang berselirat. Tahniah sekali lagi kepada Mr Jarie atas strike MJ ke-3



8.Pada sebelah petang kami memutuskan untuk kembali mengilat disekitar sungai Awat-AWat, dan hasinya berbelas-belas kerapu saiz kasar serta 1 MJ Junior yang CNR oleh Mr Jarie. Hari yang mantap untuk beliau.
Hasil Keseluruhan 5 MJ termasuk 1 CNR, berbelas kerapu hitam, 1 Baby GT dan 1 titir.
Terima kasih kepada Abg Akub kerana sudi menyediakan bot, kepada Mr Jarie...next trip cari siakap pula ....hehehehe.



Terima kasih kepada semua yang melawat blog Kembara-Pancing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan