Perancangan untuk mengilat bersama rakan caster Mr Awgku Adeoss akhirnya terlaksana pada hari semalam 27hb februari. Kali terakhir saya mengilat di Belipat adalah pada bulan November yang lepas bersama Cikgu Asneh yang mana kami berjaya menaikkan spesis MJ skala 9gm bersama beberapa spesis lain.
Ditambah lagi dengan kisah pembottom yang berjaya menaikkan BlackBass di Awat- Awat seberat 3.2kg pada hari Jumaat lepas menguatkan lagi semangat kami untuk menduga spesis di sungai Belipat.
Saya bertolak dari kampung jam 5.45 pagi untuk menjemput Awgku yang sedia menunggu pada dirumahnya di Lawas. Setelah selesai memunggah kelengkapan kami pun bertolak ke jeti seberang Kuala Lawas dan tiba 15 minit kemudian. Setelah sampai ke rumah Tn Hj Julai tempat kami menyewa bot, kami menunggu seketika sementara Tj Haji menyediakan bot yang diperlukan.
Ahkirnya kami bertolak ke lokasi pada jam 7.30 pagi.
Awgku sudah tidak sabar-sabar untuk beraksi.
Harap-harap lah ada MJ yang sudi dengan TDD HT saya ni....mungkin itulah yang bermain di fikiran Awgku..
Kelihatan Pemandangan sekitar Pulau Sari bersebelahan lokasi yang dituju...
Kawasan berbatu yang boleh di duga dengan kaedah popping
Setelah sampai di lokasi, kondisi air memang cantik dan Awgku tanpa membuang masa terus membuat lontaran. Baru 2 kali cast terus di sambar pemangsa. Tanhiah Awgku...
Strike pertama secara Boatbase.....kerapu hitam
Ini kali lah....
Menyusuri sungai Belipat kami terus membuat lontaran demi lontaran. Layanan dari spesis yang ada juga tidak menghampakan.
Kelihatan bangkar yang cantik dan mungkin berpenghuni..
Awgku strike lagi....kerapu hitam. Memang menjadi la TDD HT tu...
Layanan berterusan dari spesis kerapu.....TDD CLF 07
Akhirnya MJ junior pertama trip kali ini....
Awgku semakin menjadi...strike lagi kerapu
dan titir......
Mana la MJ ni....
Kerapu lagi
"PROJEK MEMBUAT BANGKAR YANG DIRENDAM BERSAMA TDD HT 07'......opss...hihihiii
Teruskan Awgku...mana tau ada MJ saiz monster...
Lagi-lagi kerapu....bila nak naik MJ ni....layan je
Wahhh...baru terjumpa baby GT yang ligat...tahniah
Spesis ni memang peminat setia di mana saja.....layan
Akhirnya usaha berterusan membuahkan hasil. Tahniah Awgku kerana berjaya menaikkan spesis idamam MJ bujang walaupun berlaku kelam kabut sedikit.
Nah...MJ kedua oleh Awagku...walaupun bersaiz junior namun tetap memberi kepuasan. Tahniah.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menamatkan sesi casting pada jam 3 petang oleh kerana keadaan angin yang agak kuat serta laut yang berombak.Namun kami tetap berpuashati dengan hasil trip.
Hasil keseluruhan trip, 3 MJ, 2 titir, 1 sumpit-sumpit, 1 baby GT dan 7 kerapu. Jumpa lagi di trip akan datang. Destinasi seterusnya PELAIT.
SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan