Jumaat, 4 Februari 2011

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

'Hari tidak selalu cerah'..mungkin itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan trip yang dirancang untuk mengilat di Bintuka pada hari Rabu lepas 2/2/11 bersama rakan caster Hardy. Walau 'bagaimana sukar, trip telah pun selesai dijalankan dengan baik dan selamat. Kami turun pada awal-awal pagi lagi dan bergerak ketika hari masih gelap untuk sampai ke destinasi seawal yang mungkin. Kami tak bersedirian hari itu kerana Cikgu Karim dan partner juga turun mengilat dan menuju ke kawasan yang sama. Kami tiba di destinasi pertama seawal jam 6 pagi dengan harapan masih ada lagi spessis buruan berada di sana. Tanpa membuang masa kami terus mencuba beberapa spot berpotensi. Sesi casting di teruskan sehingga jam 9 di spot pertama. Cuaca pada sebelah pagi amat baik dengan keadaan air yang jernih dan bergerak amat perlahan menyebabkan ikan agak berhati-hati serta kurang aktif.Sepanjang spot pertama tiada sambaran dari spesis buruan hanya layanan mesra dari sumpit-sumpit saja. Hardy strike 7 ekor sumpit-sumpit di sepanjang sungai pertama .....layan je lah bro Hardy

Bro Hardy fokus mengharapkan sambaran monster...tapi tak muncul....sabar hardy, ada masa nanti terjumpa juga tu



Kami memutuskan untuk berpindah spot dan beralih ke sungai besar, yang mana Team Ck juga bergerak ke sungai besar...kelihatan bot Ck dan partner...



Kami singgah di satu spot yang baik dan mula mengasting, kami menerima beberapa getukan kecil tetapi rasanya pemangsa tidak berminat untuk menyambar. Setelah beberapa lontaran dibuat, akhirnya gewang saya di sambar ganas oleh pemangsa, sedang saya bersedia untuk perlawanan hebat, malangnya terlucut pula oleh kerana hookup yang tidak kemas...huhhhhh..kalau tidak.

Namun kekecewaan itu terubat juga bila bro Hardy mendapat strike pertama tidak jauh dari tempat tersebut...tahniah bro....
Kerapu Bintik yang memberi tentangan menghiburkan



Terus menyusur di sungai utama, sekali lagi bro hardy mendapat sambaran di tepi bangkar...
Bro hardy seronok melayan spesis yang rakus menyambar gewang


Bro hardy dengan alu-alu junior yang ligat..tahniah


Merasakan sambaran semakin kurang di sungai utama, kami mencuba lagi di anak-anak sungai. Keadaannya juga tidak jauh berbeza walaupun kelihatan beberapa kali spesis seperti alu-alu dan kerapu mengejar gewang sehingga ke tepi bot tetapi tidak mahu menyambar mungkin disebabkan air terlampau jernih membuatkan ia menjadi lebih berhati-hati.Selepas puas dipujuk, akhirnya kerapu sudi menyambar...layan.



Dengan harapan akan ada spesis yang diburu, kami meneruskan sesi mengilat di spot kegemaran, namun tetap hampa. Mungkin juga keadaan air yang kurang sesuai ataupun memang penghuninya sudah berkurangan disebabkan telah beberapa kali diterjah bukan saja oleh para pengilat tetapi juga oleh pemancing dasar.

Kami memutuskan untuk mencari spot yang lain memandangkan waktu telah menunjukkan hampir jam 12.30 tengah hari. Kami menyusuri sungai yang kelihatan berpotensi, namun kami hampa juga....hanya spesis yang tak sepadan ini yang masih bernafsu...

tak padan dengan saiz...


Setelah berehat tengah hari sambil menikmati makanan yang di bawa, saya memutuskan untuk mengilat di kawasan yang telah dijangka ramai peminat. Sebaik saja kami mula mengilat di spot tersebut, sambaran, demi sambaran diterima dari spesis yang amat rakus menyambar gewang. Keadaan yang agak sepi disebelah pagi kembali hangat setelah bertubi-tubi sambaran diterima...apa pun spesisnya tidak lagi di ambil kisah asalkan keseronokan dapat dinikmati. Kami berjaya menaikkan dalam 20 ekor kerapu hitam di sport tersebut dalam masa 2 jam dan saya memutuskan untuk berpindah memandangkan telah terlampau banyak spesis kerapu yang berjaya dinaikkan.

Kami mencuba untuk menduga spot lain untuk mencari spesis trofi namun hampa. Dan kami memutuskan untuk menamatkan sesi casting pada hari tersebut pada jam 5 petang. Dan hasil keseluruhannya....

35 Strike, dengan 2 C&R kerana terlalu kecil. Hasil yang dinaikkan, 23 kerapu, 2 alu-alu junior dan 8 sumpit-sumpit. Alhamdulillah. Kepada Bro Hardy, lain kali kita komplot lagi.

Sekian, berjumpa lagi di sesi mengilat yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan