Isnin, 13 Disember 2010

TRIP MENGILAT DAN HUJAN RAHMAT @ BINTUKA

Trip yang hampir dibatalkan akibat hujan yang berlarutan sejak dari hari jumaat lagi akhirnya diteruskan juga memandangkan sudah 2 kali merancang untuk turn mengilat bersama sahabat caster Azizi dari KK sebelum ini dibatalkan atas sebab tertentu. Keputusan untuk meneruskan sesi mengilat kali ini di sulami rasa was-was memandangkan cuaca pada hari sabtu masih lagi kelam dan hujan mencurah tiada henti dari petang Jumaat hingga hingga ke pagi Sabtu. Di temani 2 lagi bot dengan 4 caster iaitu Bor Sahur dan Bro Pisang, serta Cikgu Sudin dan partner, kami sampai dijeti lebih kurang dalam 5.45 pagi. Setelah selesai memunggah kelengkapan, maka kami 3 buah bot meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan. Bot Bro Pisang dan Sahur serta Cikgu Sudin memutuskan untuk memburu spesis idaman di kawasan sebelah Menumbok, manakala saya memutuskan untuk mencuba nasib di sebelah Maidin. Keadaan air yang surut laju pada sebelah pagi menyebabkan air sungai sedikit keruh dan saya memutuskan untuk mencuba beberapa anak sungai sementara menunggu air kembali pasang. Walaupun hati agak gusar disebabkan cuaca mendung dan air keruh, namun perjalanan diteruskan jua sambil mengharap keadaan akan bertambah baik.....

Keadaan cuaca pada sebelah pagi....



saya memutuskan untuk mencuba di sungai ke-2 dan kami berhanyut dari sebelah hulu dengan keadaan air yang semakin baik. saudara Azizi mempertaruhkan gewang Cotton Cordel dari jenis wally diver akhirnya mendapat strike pertama untuk trip hari itu...

Kerapu hitam dan Cotton Cordel



kerapu ke-2 di sungai ke-2





Setelah mencuba beberapa bangkar, akhirnya gewang Storm Thunderstick junior saya disentap kasar.....

Menahan asakan dan larian padu dari sang pemangsa



GT skala 2kg berjaya ditumpaskan



Hari semakin baik dan kami meneruskan sesi casting dengan mencuba ke kawasan lain untuk memburu spesis idaman. Walaupun belum bersua dengan spesis itu namun layanan dari spesis kerapu dan baby gt cukup memberi kepuasan..

Bro Azizi dengan baby GT



Baby GT lagi



Giliran kerapu...



Lagi....



Dan lagi.....



Setelah mencuba beberapa kawasan akhirnya pencarian kami membuahkan hasil....

MJ idaman bersaiz kasar yang pertama.....



Menyusur terus disungai yang sama, sekali lagi bersua muka dengan spesis idaman...

MJ kedua dengan saiz yang lebih kasar.....



Giliran Azizi beraksi....larian padu dan asakan deras dikawal kemas...



Kelibat pemangsa yang tertewas



Akhirya berjaya dinaikkan...Bro Azizi dan barracuda sirip kuning




Lontaran demi lontaran dilakukan dan akhirnya disambut...dan larian padu cuba dikawal..



Akhirnya MJ ke-3 juga bersaiz kasar menjadi penyeri....



Setelah ketinggalan 3-0 MJ, lontaran ke hujung bangkar oleh Bro Azizi akhirnya disambar kasar oleg pemangsa. Kawalan kemas oleh Azizi menjadikan keadaan semakin ceria...

MJ ke-4 bersaiz kasar oleh Bro Azizi



Kami terus menyusur sungai tersebut dan berberapa strike lagi diterima sehinggakan sebiji gewang Cotton Cordel menjadi mangsa apabila peranbut putus selepas gewangnya si sambar oleh pemangsa. kami meneruskan perjalan ke bebrapa lokasi berikutnya...

Tanpa diduga rupanya ada lagi....

Lontaran ke kawasan akar bakau bersambut kasar...dan hampir-hampir sangkut...sekali lagi kawalan kemas berjaya memaksanya keluar dan bertarung dikawasan terbuka....

MJ ke-5 bersaiz sasa menjadi habuan Bro Azizi



Kami teruskan lagi perjalanan walaupun waktu sudah hampir pukul 4.30 petang. Beberapa bangkar di cuba dan akhirnya mendapat reaksi dari pemangsa.

MJ ke-6 dan terakhir trip hari tersebut....



Jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 5 petang dan kami memutuskan untuk menamatkan sesi mengilat pada hari tersebut. tahniah Bro Azizi dan hari itu merupakan hari yang amat menggembirakan buat kami.

Hasil keseluruhan trip



Bro Azizi sempat merakamkan gambar kenang-kenangan



Sekian untuk sesi kali ini, kita berjumpa di sesi mengilat yang akan datang.

3 ulasan: