Isnin, 5 Disember 2011

KOMPLOT SIKIT LAGI MEMBANGAU

Setelah menjelajah hampir semua sungai yang ada disekitar Lawas, akhirnya kami merancang untuk mengilat di kawasan sungai yang boleh dikatakan agak asing dan terletak agak jauh kesebelah Trusan. Kali ini kami turun dari Pekan Sundar dengan paras sungai Trusan yang banjir pada hari itu memang agak merisaukan. Seawal jam 6.00 pagi kami sudah menunggu ketibaan bot sewa yang bakal digunakan. Trip hari ini memang trip terjah memandangkan kami memang belum pernah ke lokasi berkenaan. Setelah bertolak dari jeti selama 15 minit kami pun samapai di Muara Trusan dan terus menuju destinasi. Setibanya di Lokasi rasa teruja memang tidak dapat disembunyikan memandangkan persekitaran sungainya yang amat baik. Saksikanlah beberapa rakaman yang sempat diambil sepanjang trip.

1. Awangku sabar menunggu kehadiran mini kargo yang bakal membawa kami ke destinasi.



2. Macam Marsal membuat pemeriksaan sebelum pertandingan hehehehe.......



3. Set yang lulus digunakan......



4. Awas kau kali ini bedukang.....heheheheh




5. Ungah pertama yang sudi menyambut kedatangan kami dan selamat di lepaskan untuk pertarungan akan datang.......



6. Ungah ke-2 yang berjaya dicungkil........



7. Ungah ke-3 yang diberjaya dipujuk setelah lontaran bertalu-talu ke tempat persembunyiannya..




Close up Ungah yang hebat bertarung........



8. Ungah ke-4 yang membuatkan rakan saya semakin berpeluh....sabar tuan.



9. Setelah TDD07 saya berjaya dilarikan oleh pemangsa....akhirnya Awangku Ade berjaya memikat penghuni ditempat yang sama dan merupakan ungah kami yang ke-5. Tahniah......



10. Ungah yang ke-6 tertarik dengan gewang jenis minnow.......




11. Setelah terlepas kali pertama, akhirnya tewas juga.....ungah kami yang ke-7



12. Inilah saat yang menceriakan......double-strike menjadikan koleksi yang 8 & 9 ungah trip kali ini....




Awangku dengan Ungah ke-2 peribadi.......



Memang best tarikan ungah........



13. Awangku lagi dengan ungah ke-3 peribadi dan ke-10 untuk trip kali ini.




14. Ungah Terkahir dan yang ke-11 untuk trip yang mantap sebelum bergerak pulang sekitar jam 2 petang.



Dengan selesainya trip kali ini memang kunjungan seterusnya akan dirancang. Diharapkan persekitaran sungai ini dapat dikekalkan untuk memastikan populasi penghuninya terus bertambah.

Sekian jumpa lagi di trip yang akan datang......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan