Jumaat, 23 September 2011

WARISAN JALAK TERAKHIR

Kejadian berlaku semalam lebih kurang jam 5.30 petang di satu lokasi yang tidak lama lagi akan lenyap dirodok oleh jentolak yang tidak mengenal erti kehidupan. Dengan berbekalkan keinginan untuk melepaskan gian mengasting sambil menunggu Cikgu Asneh melatih stamina untuk pertarungan seterusnya, saya mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Port Warisan Terakhir untuk memeriksa populasi jalak di sana. Sungguh mengejutkan dengan lontaran pertama sudah mendapat 'letupan' dari sang jalak, tetapi rabut. Lontaran seterusnya terus di sambut meriah namun beberapa kali tewas oleh ranting dan rumput yang berselirat di kawasan lopak air. Apa yang pasti memang terdapat banyak jalak di port ini. Bagi penggemar spesis snakehead ini lah lokasi yang tak patut dilepaskan. Saksikanlah rentetan peristiwa yang berlaku semalam.

1. Salah satu tasik yang terbesar yang mungkin menyimpan jalak monster..


2. Port Warisan Terakhir yang menyimpan banyak warisan jalak.


3. Strike Pertama peminat setia katak plastik dan selamat dilepaskan semula ke habitatnya.


4. Close Up..


5. Strike kedua


6. Kembail semula ke kediamannya


Dengan begitu banyak sambaran, hanya 2 yang solid hookup. Kalau ada kesempatan pasti akan dikunjungi lagi.
Sekian, jumpa lagi di lain trip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan