Blog kembara-pancing adalah rangkuman peristiwa trip memancing yang dijalankan baik di sungai atau laut untuk menjejak spesis yang terdapat didalamnya seperti siakap merah, siakap putih, baby GT, barracuda, dan sebagainya menggunakan kaedah casting, bottom fishing, jigging dan lain-lain kaedah dalam kategori memancing.
Khamis, 26 Ogos 2010
Kenangan pertama kali menjejak kaki di Bintuka
Hmmm.....teringat saya pengalaman pertama memancing di kawasan Bintuka Beaufort atas pelawaan rakan sekerja. Seingat saya tarikh tu adalah pada bulan November 2008.Tak terasa rupanya dah hampir 2 tahun jugalah saya bertugas di Beaufort.Itula detik permulaan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Pada trip tu, saya bersama rakan baik saya Hamzah dan Pak Lah awal-awal lagi bertolak dari Beaufort menuju jeti bot sewa Tn Hj Kumit yang mana perjalannya memakan masa lebih kurang 40 minit. Waktu itu keadaan jalan raya belum lagi berturap sepenuhnya. Sebelum sampai di jeti kami singgah di kolam udang Tn Hj untuk membeli stok umpan udang hidup yang pada masa itu djual dengan harga RM16.00 sekilo gram. Setelah selesai membeli udang hidup kami pun terus menuju jeti. Tn Hj mempunyai lebih kurang 7-8 bot sewa pada masa itu yang mana setiap pemancing dikenakan sewa RM10.00 seorang. Kos minyak kami tanggung sendiri. Saya telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan saya untuk mengemudi bot, hmm jadi tekong lah kiranya. Setelah selesai memunggak kelengkapan yang tak seberapa ke dalam bot, kami pun bergerak menuju destinasi. Rakan saya Hamzah sudah agak biasa dengan kawasan Bintuka, jadi dia lah yang menjadi pemandu arah bagi kami di sepanjang sungai Bintuka. Di kawasan Bintuka seperi juga kawasan muara sungai yang lain, keadaan pasang surut banyak mempengaruhi tahap keaktifan ikan-ikan. Sekiranya pasang terlampau besar dan laju, atau surut terlampau deras ika-ikan agak kurang aktif, atau sekiranya air sungai terlalu tawar atau terlalu masin juga akan mempengaruhi hasil pancingan. Kami mula melabuhkan pancing lebih kurang jam 7 pagi. Kami terus memancing di beberapa lokasi sepanjang sungai Bintuka sehinggalah lewat petang. Hasil pancingan pada hari itu juga memberangsangkan yang mana kami berjaya menaikkan beberapa spesis biasa yang terdapat di Bintuka seperti pari, ikan putih ( spesis trevally ), mayong, kerapu, merah tanda ( jenahak ) dan beberapa spesis lagi. Hari yang menyeronokkan.........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan